Assalamualaikum w.b.t,
Malam ni secara tiba-tiba aku rase nak tulis entry berkenaan cinta tiga segi. Mungkin penafsiran yang aku bawa kali ini berbeza dari penafsiran yang biasa kita baca ataupun dengar dari senikata lagu-lagu cinta. Bersesuaian dengan versi kecintaan remaja yang sedang bertatih mengapai tahap kematangan. Bila kita sebut tentang cinta, majoriti beranggapan cinta itu adalah perhubungan perasaan, sentuhan atau belaian antara satu pihak dengan satu pihak lain. Teorinya mudah ingin mendapatkan perhatian, praktikalnya, usaha dalam mendapatkan cinta dari satu pihak lain. Jadi ape pula cinta dalam hidup aku?
Cinta 3 segi dalam hidup aku membawa satu pengertian yang besar dan hebat. Aku mendefinasikan konsep kecintaan kepada 3 segi, iaitu yang pertama cinta terhadap diri, yang kedua cinta terhadap agama, dan kecintaan terhadap keduniaan. Inilah definisi cinta yang aku benar-benar yakin aku perlu ada untuk menjadikan diriku ini seorang pencinta di dalam kategori suci dan tulus. Bagaimana cinta 3 segi dalam hidup aku mampu menjadikan diri aku ini seorang insan yang mampu bercinta dalam pelbagai dimensi? mudah atau sukar?
Perkara pertama yang perlu kita sedar dan titik beratkan adalah kecintaan terhadap diri sendiri. Bak kata para pendidik, sebelum bercinta kita perlu belajar teori dan adat bercinta. Bagaimana pula cara yang tepat untuk mempelajari teknik bercinta dengan baik? caranya mudah, bercinta dengan diri sendiri. Cinta terhadap diri sendiri merupakan salah satu platform untuk seseorang melihat bagaimana keromantisan dirinya terhadap diri sendiri. Orang yang romentis terhadap diri sendiri biasanya akan romentis terhadap pasangan nya. Jadi titik ukur dalam bercinta bermula sejak kita lahir, yakni mencintai diri sendiri. Nilai kasih sayang terhadap diri sendiri dari perspektif jasad dan roh merupakan elemen kasih sayang yang utama dan amat berharga. Maka, skop cinta pertama adalah mencintai diri sendiri!
Selain dari menitik beratkan kecintaan terhadap diri sendiri, secara lazimnya ianya perlulah bermula dari cintanya terhadap agama. Kecintaan agama mungkin sudah menjadi perkara yang remeh dalam remaja yang bergelar “urban” dan maju, tapi kita perlu ingat bahawa cinta terhadap agama merupakan titik tolak bagi segala moral cinta dalam dunia. Cinta kepada manusia semata-mata masih belum mampu untuk menjamin kebahagian sepanjang hayat, dan secara normalnya manusia lebih rela bergantung kepada manusia! dalam erti kata lain, memberikan kepercayaan kepada pasangan 100%. Dalam mencintai agama, secara tidak langsung satu nilai tambahan telah diterap di dalam diri. Yakni nilai kejujuran dalam bercinta. Orang yang bercinta dengan agama tidak pernah menipu kasih sayangnya terhadap tuhan dan tuhan tidak pernah mendustai kasih sayangnya terhadap manusia. Buktinya, kita sudah berada di World Class University. Tetapi bagi orang yang bercinta dengan manusia (pasangannya) tidak mustahil di dusta. Jika kita lihat dari satu perspektif kehidupan, mencintai agama mendidik kita agar lebih bersabar, prihatin, teliti dalam bercinta. Jadi? Bercintalah dengan Agama!
Ketika aku sedang buat assignment, aku terfikir, adakah dengan mencintai agama dan diri sendiri dah mencukupi untuk menjadikan aku seorang pencinta yang suci? Rupanya masih kurang satu elimen. Elemen ini dipanggil cinta terhadap dunia. Benarkah cinta antara dunia memusnahkan? Bagi aku dunia perlu kita pandang secara wide (luas) dan bukannya secara sekali imbas. Apa yang korang faham tentang mencintai dunia? Cinta dunia adalah kasih sayang yang perlu kita buat penelitian dari masa ke semasa. Cinta terhadap bangsa, negara, pemimpin dan segala hal keduniaan antara cinta yang kita belum cukup tangkas untuk diperincikan. Jika kita tanya pada diri kita, apakah sumbangan kita terhadap ibubapa, bangsa dan negara? Sudah banyakkah cinta yang kita berikan pada mereka? Atau kita hanya sekadar manusia yang meminta cinta dari dunia? Memfakirkan diri dan menidakkan kebolehan yang telah dianugerahkan kepada kita? Maka, inilah 3 pandangan cinta yang aku rasekan perlu ada untuk menjadikan diri kita insan yang benar-benar bertatih dalam menyinta dan mendapatkan cinta.
Jika doa kita untuk menjadi pencinta yang hanya gah pada nama, maka sesungguhnya, mati itu adalah lebih baik dari hidup, dan jika menyintai hidup ini dengan menghayati cinta 3 segi maka rugilah jika kematian mendahului kehidupan. Sejauh manakah kita telah jatuh cinta? Dan adakah cinta kita sudah menjamin tiket al firdausi? Atau mungkinkah kita telah diracuni cinta palsu al nar? Wassalam..
Tuhan,
Kau kurniakan lah aku bidadari yang mampu mengilhamkan diriku agar lebih menyintaiMu, dan berikanlah aku kasih sayangMu agar diriku mampu membahagiakan isteriku, keluargaku, anakku, sahabatku dan seterusnya mencintai mereka dengan sepenuh kasih sayang yang tak terkira darimu.
Ya Tuhan,
Kuatkanlah cintaku terhadap kaum Hawa yang kau telah jadikan untukku,
Sesungguhnya engkau telah menjadikan mereka dari tulang rusukku,
Dan hanya engkau yang lebih tahu yang terbaik untuk diri ini,
Sesungguhnya cinta dan kasih sayang ku ini adalah limpahan zat-zat yang kau kurniakan padaku.
Semoga engkau memperkuatkan dan abadikanlah cinta 3 segi ini.
Wassalam. Sleep time ^_^






Sun, Aug 17, 2008
1 Comment